Home / Komputer / SSD Mudah Alih Western Digital, My Passport SSD hadir ke Malaysia – harga dari RM579

SSD Mudah Alih Western Digital, My Passport SSD hadir ke Malaysia – harga dari RM579

Western Digital Malaysia telah mengumumkan harga dan tarikh jualan bagi SSD mudah alih keluarannya, My Passport SSD. Menariknya, My Passport SSD merupakan SSD mudah alih pertama yang dihasilkan oleh Western Digital. Ia pertama kali diumumkan pada April 2017 baru-baru ini.

Menurut Western Digital Malaysia, My Passport SSD bakal hadir ke pasaran Malaysia bermula dari 7 Julai 2017 di wakil pengedar dan jualan yang terpilih. Seperti yang dinyatakan pada artikel terdahulu, My Storage SSD didatangkan dengan tiga pilihan kapasiti storan – 256GB, 512GB dan 1TB. SSD mudah alih ini turut hadir dengan jaminan sehingga tiga tahun.

Salah satu ciri menarik yang ditawarkan oleh SSD mudah alih ini adalah pilihan penggunaan dua jenis penyambung, iaitu USB Type-A dan USB Type-C. Melalui pilihan ini, ia memudahkan pengguna untuk menggunakan My Passport SSD pada mana-mana peranti yang berlainan jenis sambungan USB.

My Portable SSD ditawarkan pada harga bermula dari RM579 bagi kapasiti storan 256GB, RM1,039 untuk yang berkapasiti 512GB dan harga yang gila babi mahal, RM2,099 untuk yang berkapasiti 1TB.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge