Home / Internet / Fungsi Backup keseluruhan Komputer Google Drive kini telah sedia untuk digunakan

Fungsi Backup keseluruhan Komputer Google Drive kini telah sedia untuk digunakan

Google kini telah menyedia dan memudahkan urusan membuat backup untuk keseluruhan fail-fail sistem komputer melalui perkhidmatan storan awanannya, Drive. Fungsi terbaru Backup and Sync ini membolehkan pengguna menyimpan fail-fail secara automatik pada Google Drive sama seperti menggunakan external storage dan peranti-peranti storan lain.

Melalui pengenalan fungsi ini, pengguna tidak perlu lagi menguruskan fail-fail backup secara berasingan dan ia akan menyalin segala apa yang ada pada komputer anda mengikut susun atur sedia ada. Ini memudahkan lagi pengguna-pengguna yang ingin membuat backup bersaiz besar.

Fungsi terbaru ini diumumkan pada bulan lepas dengan sambutan yang menggalakkan diterima dari pengguna dan secara rasminya diumumkan pada 28 Jun sebelum ianya ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat diketahui.

Backup and Sync hadir dalam bentuk aplikasi yang menggantikan pemuat naik desktop Google Desktop dan Drive untuk komputer Mac dan Windows.

Cuma, bagi pengguna akaun Google Drive percuma, anda telah dihadkan untuk melakukan backup pada 15GB sahaja. Selebihnya, anda perlu melanggan pakej-pakej yang disediakan mengikut tahap kapasiti yang diperlukan. Atau, anda pandai-pandailah atur fail-fail mana yang dirasakan perlu untuk backup dengan yang bukan perlu.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge