Home / Komputer / Cara membuat semakan Nombor Model Papan Induk pada Komputer Windows

Cara membuat semakan Nombor Model Papan Induk pada Komputer Windows

Sama ada anda ingin mengemaskini driver, keterserasian antara perkakasan atau sekadar ingin tahu, terdapat cara yang lebih mudah untuk anda mendapatkan nombor model papan induk tanpa perlu membuka kerangka komputer untuk mendapatkan nombornya.

Pada sesetengah keadaan di mana anda memang perlu tahu nombor model papan induk komputer anda terutamanya apabila ingin melakukan kemaskini driver, membeli perkakasan-perkakasan baru komputer (seperti RAM, kad grafik dan sebagainya) dan juga kemampuan keseluruhan papan induk komputer anda jika anda berhasrat untuk menaik taraf secara keseluruhan.

Memeriksa nombor model dengan CMD

Anda boleh melakukan semakan dengan CMD melalui Windows Management Instrumentation Command-line (WMIC). Cara untuk melakukannya adalah dengan membuka kotak carian pada butang menu Start atau dengan menggunakan kekunci Windows + R, dan masukkan arahan berikut;

wmic baseboard get product,Manufacturer,version,serialnumber

Seterusnya, maklumat berikut akan dipaparkan

Maklumat-maklumat berkenaan menyatakan tentang jenis papan induk yang digunakan iaitu, pengeluarnya adalah MSI, model papan induk B85M-G43 (MS-7823), nombor siri (tidak dapat dipastikan kenapa MSI tidak meletakkan nombor siri pada induk ini) dan versinya.

Apapun, melalui kaedah ini anda berjaya mendapatkan nombor model papan induk komputer anda tanpa perlu membuka sendiri kerangka.

Memeriksa nombor model dengan menggunakan Speccy

Bagi anda yang tidak minat menggunakan CMD, anda boleh menggunakan perisian seperti Speccy yang turut menawarkan fungsi yang sama. Selain memaparkan nombor model papan induk, perisian ini juga turut memberikan maklumat-maklumat berkaitan untuk perkakasan-perkakasan lain untuk sesebuah komputer.

Anda boleh memuat turun perisian percuma ini di sini

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge