Home / Mobile / Android / Harga Huawei Nova Plus kini turun kepada RM999

Harga Huawei Nova Plus kini turun kepada RM999

Telefon pintar Huawei Nova Plus kini menerima potongan harga sebanyak RM500, dari asalnya RM1,499 kepada RM999. Diskaun sehingga 33 peratus berbanding harga asal. Potongan harga pada telefon pintar mid-range ini boleh didapati dari peruncit popular, DirectD.

Dari segi spesifikasi, Huawei Nova Plus ini sama macam Xiaomi Redmi Note 4. Antaranya termasuklah paparan 5.5-inci 1080p, pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 yang digandingkan bersama-sama RAM 3GB, storan dalaman 32GB yang boleh dikembangkan melalui slot SD mikro, dan bateri berkapasiti 3,340mAh.

Untuk kameranya pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera 16MP pada belakangnya. Uniknya, kamera belakang ini turut didatangkan bersama penstabil imej optikal. Sesuatu yang jarang terdapat pada telefon pintar yang berada di dalam lingkungan harga ini. Pada kamera hadapannya pula, telefon pintar ini menawarkan kamera 8MP.

Telefon pintar ini mula hadir ke pasaran Malaysia sekitar Oktober 2016 dan potongan harga sebegini sememangnya sudah dijangkakan. Oleh yang demikian, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar mid-range pada harga yang berbaloi, Huawei Nova Plus adalah pilihan alternatif selain dari Xiaomi Redmi Note 4 yang kini dijual pada RM799.

Sumber berita diperoleh dari Facebook DirectD

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge