Home / Internet / Indonesia sekat aplikasi Telegram atas faktor keselamatan negara

Indonesia sekat aplikasi Telegram atas faktor keselamatan negara

Pengguna Telegram perlu mengambil maklum bahawa kerajaan Indonesia telah bertindak mengharamkan aplikasi permesejan berkenaan berikutan ia disyaki digunakan untuk menyebarkan fahaman radikal dan aktiviti keganasan di Indonesia.

Bukan satu rahsia lagi apabila Telegram menjadi aplikasi permesejan pilihan dikalangan para pengganas. Pihak berkuasa keselamatan yakin aplikasi berkenaan telah digunakan untuk merancang beberapa serangan keganasan di Indonesia termasuk dua serangan letupan di stesen bas sekitar Mei lalu.

“Ini jadi problem dan jadi tempat saluran komunikasi paling favorit oleh kelompok teroris,” ujar Menteri Komunikasi (Kemenkominfo), Kapolri Jenderal Tito Karnavian.

Sifat Telegram yang terlalu tinggi tahap keselamatan melalui enkripsi permesejannya telah menyediakan ruang buat para pengganas untuk berkomunikasi dan mengatur serangan tanpa sebarang pemantauan oleh pihak berkuasa. Walaubagaimanapun, pihak Telegram telah menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak berwajib dalam usaha menangani sebarang aktiviti keganasan.

Indonesia bukanlah satu-satunya negara yang telah bertindak mengharamkan penggunaan aplikasi permesejan segera tertentu. China telah mengenakan sekatan menyeluruh terhadap hampir kebanyakan aplikasi permesejan yang tidak dapat dipantau oleh pihak berkuasa. Manakala Turki pula telah mengenakan sekatan sementara terhadap kesemua media sosial sejak dari tahun lepas.

Sumber berita diperoleh dari Kompas

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. im telegram lovers

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge