Home / Komputer / Apple / Jualan Penghabisan Gudang Machines dijadualkan berlangsung 27 – 30 Julai 2017

Jualan Penghabisan Gudang Machines dijadualkan berlangsung 27 – 30 Julai 2017

Minggu ini akan berlangsung jualan penghabisan gudang oleh salah sebuah syarikat penjual peranti-peranti Apple di Malaysia, Machines. Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan peranti-peranti dan aksesori Apple, Jualan Penghabisan Gudang Machines akan bermula dari 27 Julai 2017 sehingga 30 Julai 2017, dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang.

Jualan ini akan diadakan di Level 4, Avenue K dan anda boleh merujuk pada laman webnya untuk mendapatkan lokasinya yang boleh diakses sama ada melalui LRT, bas, teksi, kereta, motosikal mahupun dengan jalan kaki. Pada 27 Julai, ia dikhususkan untuk ahli Machines+ dan hanya dibuka kepada orang ramai bermula dari 28 Julai sehingga 30 Julai.

Antara tawaran menarik sepanjang jualan penghabisan stok ini termasuklah 16GB iPhone 5s yang dijual pada harga RM999 – beli 1 dan beli lagi satu dapat 50%, 16GB iPhone SE pada harga RM1,199 (sebelum ini RM1,699), 12.9” iPad Pro dari RM2,999, 9.7” iPad Pro dari RM2,399, 12” MacBook dari RM5,299, serta banyak lagi.

Bagi jualan ex-demo pula, antara yang ditawarkan termasuklah 16GB iPhone 6s Plus pada harga RM1,699 (sebelum RM3,099), harga 32GB iPhone 7 pada RM2,699 (sebelum RM3,199), 12.9” 32GB iPad Pro WiFi pada RM2,499 (sebelum RM3,400), 12” MacBook pada harga RM3,849 (sebelum RM5,499), 27” iMac dengan paparan Retina 5K pada harga RM5,299 (sebelum RM7,649), dan banyak lagi.

Untuk aksesori pula, jualan gudang Machines menawarkan harga Beats Studio Headphones V2 pada RM399 (sebelum RM1,200), Beats Studio Wireless pada harga RM499 (sebelum RM1,460), Beats PowerBeats 2 Wireless Earphone pada harga RM399 (sebelum RM790), Beats Pill Dude Character pada harga RM29 (sebelum RM200), dan banyak lagi.

Layari laman web rasmi Machines untuk senarai lengkap produk-produk Apple yang ditawarkan potongan harga sepanjang jualan penghabisan gudang berkenaan dilangsungkan.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge