Home / Teknologi / Keselamatan / Kaspersky Lab mula tawarkan Antivirus Percuma untuk Pengguna

Kaspersky Lab mula tawarkan Antivirus Percuma untuk Pengguna

Kaspersky Lab telah mengumumkan penawaran penggunaan antivirus percuma bawah jenama Kaspersky yang selama ini hanya menawarkan perkhidmatan antivirus secara berbayar. Produk ini bukanlah sesuatu yang amat baru dan ia telah ditawarkan sebagai program percubaan di beberapa buah negara Eropah dan di China.

Kaspersky Free secara asasnya adalah perisian antivirus Kaspersky Lab yang telah dikurangkan kefungsiannya. Ia menawarkan fungsi-fungsi asas antivirus seperti “imbasan fail, emel dan web; kemaskini automatik, pertahanan diri; kuarantin; serta banyak lagi.” Benda-benda macam memang dah banyak antivirus percuma lain telah menawarkannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eugene Kaspersky, versi percuma ditawarkan bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan internet bagi setiap pengguna. Selain itu, lebih ramai pengguna memudahkan pengumpulan sampel-sampel malware dikumpulkan justeru menjadikan perlindungan yang ditawarkan secara keseluruhannya menjadi lebih ampuh.

Penawaran perisian antivirus versi percuma ini ditawarkan secara berperingkat dengan rantau Amerika Syarikat, Australia dan Asia Pasifik menjadi di antara rantau pertama yang menerimanya. Rantau-rantau lain bakal menyusul bermula dari bulan September ini.

Kaspersky Lab turut melaporkan telah mengesan sebanyak 124,099 insiden malware di Malaysia di antara April sehingga Jun 2017, seterusnya menjadikan Malaysia di tangga ke-60 dalam rekod serangan-serangan yang melibatkan malware. Dalam perkembangan yang sama, pihak syarikat turut mencatatkan sebanyak 87,169 insiden serangan malware yang datangnya dari Malaysia, menjadikan Malaysia negara ke-34 dalam kalangan negara-negara yang menjadi hos serangan-serangan malware.

Sumber berita diperoleh dari Eugene Kaspersky

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge