Home / Mobile / Cara mengenalpasti telefon AP set atau ORI set dengan menggunakan Aplikasi

Cara mengenalpasti telefon AP set atau ORI set dengan menggunakan Aplikasi

Pernahkah anda merasa curiga terhadap jenis set telefon pintar yang anda beli dan rasa ditipu oleh jurujual? Tak yakin dengan kata-kata jurujual yang mendakwa telefon pintar tersebut adalah set ORI dan bukannya AP. Hilangkan rasa gundah gulana anda dengan menggunakan aplikasi dari SIRIM, “Check Your Label”.

Aplikasi ini mampu membantu anda membuat semakan sama ada telefon pintar anda adalah set ORI atau AP dan melalui artikel ini, penerangan berkenaan bagaimana aplikasi “Check Your Label” ini digunakan

Muat turun Aplikasi “Check Your Label”

Pertama sekali, muat turun aplikasi “Check Your Label” yang boleh didapati secara percuma melalui Google Play Store atau Apple Store. Sebaik sahaja muat turun aplikasi berkenaan selesai dilakukan pada peranti anda, anda boleh pergi pada butang pilihan “Check My IMEI” untuk membuat semakan melalui nombor IMEI.

Periksa sama telefon pintar anda mendapat persijilan

Seterusnya, akan wujud dua keadaan – sama ada telefon pintar anda memaparkan persijilan dari SIRIM atau notis amaran yang mengatakan peranti anda mungkin tidak selamat. Jika notis amaran berkenaan dipaparkan, ia tidak semestinya menandakan ianya tidak selamat untuk digunakan.

Kebanyakan telefon pintar set AP pada kebiasaannya tidak mendapat persijilan dari SIRIM dan paparan seperti berikut akan muncul jika ia adalah set AP.

Perbezaan set AP dengan set ORI

Secara idealnya, kesemua telefon pintar sepatutnya didaftarkan dan mendapat persijilan dari SIRIM. Namun disebabkan oleh kekangan masa dan untuk mengurangkan kos, telefon pintar set AP tidak melalui proses pendaftaran dan persijilan dari SIRIM.

Oleh sebab itu, kebanyakan telefon pintar set AP pada kebiasaannya lebih murah jika dibandingkan dengan set ORI. Tambahan pula, pengguna biasanya sukar untuk membezakan di antara telefon pintar set AP dengan set ORI kerana kedua-duanya adalah sama dari segi rupa fizikal dan antaramukanya.

Cuma, antara perkara yang membezakan di antara set ORI dengan set AP adalah pada jaminan telefon pintar itu sendiri. Pengguna set AP mungkin berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan penggantian unit terutama sekali jika berurusan dengan wakil pengedar tempatan jenama telefon pintar terbabit yang sah.

Itu sahaja serba sedikit panduan berkenaan cara-cara untuk membuat semakan set AP atau set ORI pada telefon pintar anda. Phone korang AP set ke ORI set? Sila komen di bawah ni.

Imej cover diperoleh dari The Vulcan Post

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge