Home / Komputer / Linux Ubuntu kini boleh diperolehi dari Windows Store

Linux Ubuntu kini boleh diperolehi dari Windows Store

Perkara seperti ini mungkin langsung tidak pernah difikirkan akan berlaku sebelum ini di mana Microsoft sedaya upaya cuba memastikan hasil jualan sistem operasi Windows tidak akan tergugat dengan sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu.

Kini, sebagaimana yang pernah dijanjikan pada bulan Mei lalu, kini pengguna boleh memuat turun sistem operasi yang popular di antara distro Linux, Ubuntu melalui Windows 10. Cuma, cara penggunaannya agak terhad kerana tahap interaksi di antara sistem operasi berkenaan dengan Windows (sandboxed) dan buat masa ini ia ditawarkan kepada pengguna-pengguna Windows 10 yang menyertai program Windows Insider. Ubuntu pada Windows Store ini juga lebih menumpukan pada penggunaan utiliti baris arahan (running command line utilities) seperti bash atau SSH.

Cuma, kelebihan menggunakan Ubuntu yang diperoleh dari Windows Store ini adalah ianya lebih mudah untuk dipasang serta tidak memerlukan pengguna membuat dual boot atau memasang mesin maya (virtual machine). Sehingga kini Microsoft masih belum menyatakan bila dua lagi distro Linux yang popular juga, Fedora dan SUSE akan hadir pada Windows Store.

Angin perubahan yang dibawakan Microsoft ini adalah salah satu strateginya untuk menjadikan Windows sebagai sebuah perkhidmatan dan tidak lagi hanya menumpukan pada hasil jualan perisian dan sistem operasi semata-mata. Langkah ini mungkin mendekatkan lagi kelompok pengguna seperti pembangun dan pengurus IT dengan perkhidmatan awanan Microsoft

Sumber berita diperoleh dari The Verge

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge