Home / Internet / Microsoft OneDrive tiba-tiba berhenti menyokong sistem fail bukan NTFS

Microsoft OneDrive tiba-tiba berhenti menyokong sistem fail bukan NTFS

Microsoft telah menghentikan sokongan OneDrive pada sistem-sistem fail yang bukan NTFS. Tidak ramai yang menyedari tentang hal ini dan menurut Microsoft, mereka memang tidak pernah menyokong sistem fail yang bukan NTFS sejak dahulu lagi.

Masalah ini bermula sejak minggu lepas apabila pengguna-pengguna OneDrive mula menyedari amaran tentang sistem fail NTFS. Dalam erti kata lain, perkhidmatan penyimpanan awanan ini tidak mengiktiraf pengguna FAT32, exFAT, atau ReFS. Pada kebiasaannya format-format ini jarang ditemukan pada PC Windows dan hanya sebahagian kelompok sahaja menggunakannya.

Apa yang menarik di dalam senarai sistem fail yang tidak disokong adalah sistem fail ReFS. Sistem fail ini telah dicipta oleh Microsoft sendiri bagi kegunaan Windows Server 2012 untuk menggantikan NTFS.

Dalam satu kenyataan Microsoft kepada onMSFT: “Microsoft OneDrive ingin memastikan pengguna mempunyai pengalaman yang terbaik dalam penyegerakan fail-fail di dalam Windows dan atas sebab itu. OneDrive mengekalkan standard industri dalam memberikan sokongan terhadap penggunaan NTFS. Microsoft mendapati mesej amaran yang sepatutnya wujud tidak hadir apabila pengguna cuba untuk menyimpan folder OneDrive mereka pada sistem fail bukan NTFS – yang kemudiannya segera diperbaiki. Tiada apa yang berubah dari segi sokongan rasmi dan semua folder OneDrive akan terus diletakkan pada pemacu dengan sokongan sistem fail NTFS yang sedia ada”

Secara asasnya, kenyataan berkenaan mendakwa OneDrive sememangnya hanya menyokong penggunaan NTFS sahaja dan kesilapan yang berlaku adalah ketiadaan sebarang kenyataan notifikasi kepada pengguna. Hal ini amat janggal memandangkan pengguna-pengguna pernah menggunakan OneDrive pada pemacu bukan NTFS tanpa sebarang masalah sehinggalah notifiakasi berkenaan muncul.

Pengguna-pengguna OneDrive yang menggunakan pemacu sistem fail FAT32 mungkin tiada masalah untuk mengubahkannya. Cuma pengguna yang mempunyai pemacu ExFAT dan ReFS sahaja yang berhadapan sedikit masalah kerana perlu melakukan format penuh pada pemacu.

Sumber berita diperoleh dari onMSFT

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge