Home / Mobile / Pembangun League of Legends, Riot Games saman Mobile Legends kerana Cetak Rompak

Pembangun League of Legends, Riot Games saman Mobile Legends kerana Cetak Rompak

Pembangun League of Legends, Riot Games telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga judul permainan mudah alih – Mobile Legends: 5V5 MOBA, Mobile Legends: Bang bang, dan Magic Rush: Heroes. Ketiga-tiga judul ini secara terang-terangan meniru segala apa yang ada pada LoL.

Sebelum ini Riot Games pernah cuba untuk mengeluarkan ketiga-ketiga permainan berkenaan dari Google Play dan Apple App, tetapi gagal. Mobile Legends: 5V5 MOBA pernah ‘hilang sekejap’, tetapi kembali semula dengan nama Mobile Legends: Bang bang.

 

Paling ketara ciri-ciri peniruan yang dicedok dari League of Legends terdapat pada permainan Mobile Legends. Bukan sekadar petanya sahaja dicedok, malah hingga ke jenis font juga turut sama ditiru tanpa rasa segan silu.

Menurut tuntutan berkenaan, ketiga-tiga permainan tersebut telah mencatatkan keuntungan sehingga ratusan ribu Dollar dan mungkin mampu mencecah sehingga berjuta kerana hasil dari peniruan permainan League of Legends. Bagaimanapun, tindakan saman ini mungkin masih tidak dapat mengekang pembangun permainan mudah alih lain untuk meniru permainan-permainan popular lain dieksploitasi.

Sumber berita diperoleh dari Dot esports

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge