Home / Mobile / U Mobile naik taraf rangkaian, pengguna dijangka alami gangguan perkhidmatan

U Mobile naik taraf rangkaian, pengguna dijangka alami gangguan perkhidmatan

U Mobile bakal menjalani kerja-kerja penaik tarafan rangkaian berjadual yang akan bermula sekitar hujung bulan ini sehingga pertengahan bulan Ogos. Kesan dari kerja-kerja ini akan mengakibatkan gangguan perkhidmatan pada sesetengah pengguna sehingga kerja-kerja naik taraf rangkaian berkenaan selesai dilakukan.

Kerja-kerja naik taraf dijadualkan pada ketetapan berikut;

18 Julai 2017 (12.00 pagi – 6.00 pagi)

3 Ogos 2017 (12.00 pagi – 6.00 pagi )

8 Ogos 2017 (12.00 pagi – 6.30 pagi )

9 Ogos 2017 (12.00 pagi – 6.30 pagi )

Perkhidmatan U Mobile dijangkakan akan pulih sepenuhnya menjelang 10 Ogos 2017.

Pemilihan waktu kerja-kerja menaik taraf ini mungkin tidak mengganggu majoriti pengguna memandangkan ia adalah bukan waktu puncak. Kebanyakan pengguna biasanya tidur pada waktu itu melainkan pengguna tegar media sosial atau pemain permainan mudah alih yang memang jenis suka berjegil tengah-tengah malam.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge