Home / Komputer / AMD / Harga AMD Ryzen Threadripper di Malaysia, bermula dari RM3,899

Harga AMD Ryzen Threadripper di Malaysia, bermula dari RM3,899

AMD sebelum ini telah pun mendedahkan harga bagi chip pemprosesan Ryzen Threadripper untuk pasaran Amerika Syarikat beberapa minggu yang lepas. Kini, seiring dengan pelancaran rasmi chip pemprosesan ini untuk peringkat global, AMD turut menyatakan harga jualan bagi Threadripper untuk pasaran Malaysia.

Harga yang dinyatakan boleh dikatakan agak tinggi dan tentunya bakal merabakkan beg dompet anda. Untuk pasaran di Malaysia, harga bagi Ryzen Threadripper 1950X 16-teras/32-th12read boleh mencecah sehingga RM 4,799 manakala bagi Ryzen Threadripper 1920X 12-teras/24-threads pula, harganya adalah pada RM 3,899.

Sebagai perbandingan, harga bagi setiap chip pemprosesan ini untuk pasaran di Amerika Syarikat adalah masing-masing pada $999 (lebih kurang RM 4,288) dan $799 (lebih kurang RM 3,429). Beza sehingga RM511  yang mana harga untuk pasaran Malaysia adalah lebih mahal dari harga yang ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan yang sama, masih belum mengeluarkan sebarang maklumat berkaitan harga untuk Ryzen Threadripper 1900X 8-teras/16-threads bagi pasaran Malaysia. Model chip pemprosesan Threadripper ini merupakan model yang paling rendah harganya jika dibandingkan dengan ketiga-tiga model Threadripper yang lain.

Chip ini dijangka akan hadir ke pasaran pada 31 Ogos ini dan mungkin harga untuk model Threadripper 1900X 8-teras/16-threads bakal diketahui pada sekitar tarikh berkenaan.

Sumber berita diperoleh dari Hardwarezone Malaysia

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge