Home / Mobile / Android / Asus Zenfone 4 Selfie dan Max Pro Tiba ke Malaysia pada 25 Ogos, Harga dari RM1099

Asus Zenfone 4 Selfie dan Max Pro Tiba ke Malaysia pada 25 Ogos, Harga dari RM1099

Siri Asus Zenfone 4 yang baru-baru ini telah dilancarkan Taipei dijangka hadir ke pasaran Malaysia pada 25 Ogos ini. Model-model telefon pintar dari jenama Asus berkenaan termasuklah ZenFone 4 Selfie dan ZenFone 4 Selfie Pro berserta ZenFone 4 Max Pro.

Bermula 25 Ogos ini, pengguna di Malaysia berpeluang mendapatkan ZenFone 4 Selfie dengan paparan 5.5-inci pada harga RM 1,099. Manakala untuk model yang lebih tinggi pula, ZenFone 4 Selfie Pro dijual dengan harga RM 1,799 dan untuk ZenFone 4 Max Pro pula boleh diperolehi dengan harga RM 1,099.

Peranti-peranti ini boleh dibuat pratempahan melalui portal membeli belah atas talian Lazada Malaysia dan Shopee. Setiap pratempahan akan disertakan bersama power bank ASUS ZenPower 10050mAh, kayu swafoto, kabel OTG, kabel USB dan pelindung skrin.

Untuk pratempahan bagi ZenFone 4 Selfie Pro pula akan mendapat kad mikro SD 16GB sebagai tambahan dari bingkisan percuma yang disebutkan tadi.

Asus ZenFone 4 Selfie Pro dikuasakan oleh Snapdragon 625 manakala untuk telefon pintar swafoto ‘adiknya’ pula menggunakan Snapdragon 430. Pun begitu kedua-duanya menawarkan RAM 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan juga bateri 3000mAh. Kedua-duanya menyediakan paparan 5.5-inci, cuma Selfie Pro menawarkan paparan HD penuh AMOLED, manakala untuk ZenFone 4 Selfie menawarkan paparan HD IPS.

Seterusnya untuk Asus ZenFOne 4 Max Pro pula menyediakan penderia beresolusi tinggi 16MP Omnivision 16880 kamera utama pada bahagian belakangnya dan untuk kamera hadapan pula, ia menyediakan 5MP Omnivision 5675. Penderia yang sama juga turut digunakan untuk kamera sokongan yang bersudut luas pada bahagian belakangnya.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. Nice sharing. Sekarang dah macam2 model telefon pintar dikeluarkan. Tapi yang terbaru berserta fungsi yang lebih menarik tetap dapat menarik minat juga.
    Ira recently posted…omegaMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge