Home / Komputer / Intel / CPU terbaru Intel, Coffee Lake tidak serasi dengan papan induk model sedia ada

CPU terbaru Intel, Coffee Lake tidak serasi dengan papan induk model sedia ada

Peminat-peminat Intel mungkin berasa hairan dengan perkembangan terbaru berkaitan CPU terbaru keluaran Intel nanti, Coffee Lake berikutan ianya dikhabarkan tidak boleh digunakan pada papan-papan induk model sedia ada yang berada di pasaran sekarang. Berita ini disampaikan oleh salah sebuah syarikat pengeluar papan induk, Asrock.

Melalui kenyataan di dalam Twitter pada Sabtu baru-baru ini, Asrock menyatakan CPU terbaru berkenaan tidak dapat digunakan pada mana-mana model papan induk yang sedia ada di pasaran.

Apabila ditanya oleh pengguna Twitter, Evan Jensen “…will the Z270 Supercarrier get support for the upcoming @intel Coffee Lake CPU’s?” akaun rasmi Twitter Asrock, @ASRockInfo membalas: “No, Coffee Lake CPU is not compatible with 200-series motherboards.”

Pengguna yang biasa memasang sendiri sistem komputer desktop masing-masing tentunya kecewa dengan perkembangan ini memandangkan kebanyakan pengguna lebih selesa menggantikan CPU baru yang serasi dengan papan induk berbanding menggantikan keseluruhan set papan induk. Jika keadaan ini berlaku, misalnya pengguna terpaksa ‘membuang’ papan induk Z270 sedia ada untuk papan induk baru Z370 semata-mata mendapatkan CPU Coffee Lake enam teras, mungkin pengguna lebih selesa beralih ke CPU AMD terbaru, Ryzen.

Selain dari pengguna, pengeluar papan induk juga turut menerima kesan dari soal keserasian antara CPU Intel dengan papan induk ini. Pengguna mungkin perlu mencongak dengan lebih teliti tentang keperluan membina set desktop Intel atau AMD kerana masalah keserasian ini bakal memberikan kesan pada jangka masa yang panjang.

Intel mungkin mempunyai alasannya yang tersendiri mengapa chipset pada papan-papan induk sedia ada tidak dapat serasi dengan CPU Coffee Lake. Namun, ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengatasi cabaran dari AMD yang kian menghimpit Intel melalui Ryzen. Intel perlu menyelesaikan masalah keserasian papan induk lama dengan CPU terbarunya ini demi meraih sokongan dari akar umbi yang kian pudar dek kerana tarikan dari AMD Ryzen.

Sumber berita diperoleh dari AnandTech

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge