Home / Komputer / Intel / Pemprosesan Intel Core Generasi Kelapan akan didedahkan 21 Ogos ini

Pemprosesan Intel Core Generasi Kelapan akan didedahkan 21 Ogos ini

Intel secara rasminya telah mengumumkan bahawa pemprosesan Intel Core Generasi Kelapan akan didedahkan kepada umum sekitar penghujung bulan ini. Pengumuman ini hadir selepas kehadiran pelbagai desas-desus dan maklumat tertiris yang tersebar di internet untuk beberapa bulan sebelumnya.

Pendedahan pemprosesan Intel Core Generasi Kelapan ini sejajar dengan perancangan pihak Intel yang mahukan pemprosesan ini dilancarkan sekitar pertengahan tahun 2017.

Setakat ini tidak banyak maklumat yang dapat dikongsikan secara rasmi melainkan dakwaan yang mengatakan pemprosesan ini merupakan pemprosesan terpantas Intel setakat ini yang mampu menawarkan prestasi pemprosesan yang menakjubkan.

Acara pendedahan berkenaan akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Live pada 21 Ogos ini, jam 11 malam waktu Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari Intel

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge