Home / Internet / Malaysia berada di tempat ke-3 kelajuan internet terpantas di Asia Tenggara

Malaysia berada di tempat ke-3 kelajuan internet terpantas di Asia Tenggara

Menurut Worldwide Broadband Speed League, Malaysia berada di kedudukan ketiga terpantas dari segi kelajuan internet di dalam rantau Asia Tenggara. Justeru, menjadikan kelajuan internet di Malaysia secara puratanya lebih pantas jika dibandingkan dengan Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Untuk kedudukan global, Malaysia telah menempatkan diri di tempat ke-63 dari keseluruhan 189 buah negara yang direkodkan dengan kelajuan muat turun purata pada 6.69 Mbps.

Sebagai perbandingan dengan negara-negara rantau Asia Tenggara lain, Thailand yang berada di tempat kedua di rantau Asia Tenggara mempunyai kelajuan muat turun purata pada 16.85 Mbps. Manakala untuk tempat pertama, siapa lagi kalau bukan jiran di selatan tanah air, Singapura menawarkan kelajuan muat turun purata 55.13Mbps.

Perbandingan kelajuan jalur lebar global ini dijalankan oleh sebuah firma dari United Kingdom, Cable.co.uk dan dikawal selia oleh SamKnows. Data-data yang dikumpulkan ini turut dianalisa oleh kumpulan penyelidik yang dikenali sebagai M-Labs dengan kerjasama Open Technology Institute New America, Google Open Source Research dan PlanetLab (Princeton University).

Jadual terperinci kelajuan jalur lebar mengikut negara-negara ini boleh diperoleh di sini

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. Boleh tahan juga tu..

    Kepantasan internet masih ok la kalau no. 3
    mrhanafi recently posted…Guna Poslaju Trace And Track Lebih DiyakiniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge