Home / Mobile / Android / Maxis kini menawarkan Samsung Galaxy J3 Pro dan J7 Pro dari RM1

Maxis kini menawarkan Samsung Galaxy J3 Pro dan J7 Pro dari RM1

Maxis kini menawarkan Samsung Galaxy J3 Pro dan J7 Pro di dalam pakej pelan pasca bayarnya. Pengguna yang mendaftar melalui pelan pasca bayar MaxisONE boleh mendapatkan telefon pintar peringkat rendah dan peringkat pertengahan dari Samsung ini dari harga serendah RM1.

Harga saranan Samsung Galaxy J3 Pro dijual di pasaran adalah pada harga RM659.43 (tanpa GST 6%) dan untuk pakej MaxisONE ini, pengguna yang mendaftar untuk pelan MaxisONE 128 dan ke atas boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1 sahaja.

Untuk Samsung Galaxy J7 Pro pula, pelanggan yang ingin mendapatkannya pada harga RM1 perlu mendaftarkan pada pelan MaxisONE 158 dan ke atas. Kesemua pelan pasca bayar MaxisONE ini hadir dengan panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian bersama-sama data penggunaan sehingga 50GB sebulan.

Samsung Galaxy J3 Pro dan Galaxy J7 Pro hadir ke pasaran Malaysia secara rasminya sekitar sebulan yang lalu. Dari segi spesifikasi, Galaxy J7 Pro menawarkan paparan Super AMOLED 5.5-inci 1080p, Pemprosesan lapan teras 1.6GHz yang dipadankan dengan RAM 3GB, storan 32GB yang boleh dikembangkan, kamera belakang 13MP f/1.7, kamera depan 13MP f/1.9 dan juga bateri 3,600mAh.

Manakala untuk Galaxy J3 Pro pula, ia dilengkapi dengan paparan LCD TFT PLS 5-inci 720p, sebuah pemprosesan empat teras 1.4GHz dengan RAM 2GB, storan dalaman 16GB dengan sokongan untuk dikembangkan melalui kad mikroSD sehingga 256GB – kamera belakang 13MP dan kamera depan 5MP serta bateri berkapasiti 2,400mAh.

Layari pautan ini dan ini untuk maklumat lanjut berkaitan pakej pasca bayar dari Maxis.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge