Home / Teknologi / Keselamatan / Penyelidik yang berjaya atasi Ransomware WannaCry ditahan FBI atas dakwaan mencipta Malware

Penyelidik yang berjaya atasi Ransomware WannaCry ditahan FBI atas dakwaan mencipta Malware

Marcus Hutchins, atau MalwareTech sebelum ini telah menempa nama kerana telah berjaya menghalang rangkaian ransomware WannaCry dari merebak, kini telah ditahan oleh FBI atas dakwaan terlibat di dalam kempen malware Kronos.

Hutchins telah ditahan sebelum berlepas ke London selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Black Hat dan Defcon. FBI tidak mengeluarkan sebarang notis berikutan penahanannya dan kehilangannya hanya disedari oleh kenalan-kenalan beliau yang mendapati tiada khabar berita dari beliau sebaik sahaja beliau tiba di lapangan terbang untuk penerbangan ke London berkenaan.

Mengikut dokumen pertuduhan yang dikenakan ke atas Hutchins, beliau telah dituduh membangunkan Kronos, sejenis malware yang disasarkan pada institusi kewangan dan juga untuk tujuan mencuri. Beliau bukanlah didakwa melancarkan kempen berkenaan, tetapi bakal berdepan dengan tuduhan mempunyai niat membina malware atas tujuan jenayah. Pihak FBI turut percaya beliau bekerjasama dengan pihak lain untuk menjual malware ke Alpha Bay, sebuah laman jualan yang kini telah ditutup di dalam dark web.

Pakar-pakar keselamatan siber menggelarkan penahanan beliau itu sebagai “stretch”. Ramai yang tahu Hutchins terlibat di dalam penyelidikan berkenaan cara yang digunakan oleh Kronos sewaktu kemunculannya. Namun, agak mustahil untuk menuduh beliau mempunyai niat untuk menggunakannya di dalam aktiviti jenayah komersil. Ramai penyelidik keselamatan membina malware sendiri untuk menguji keberkesanan teori yang diguna pakai dan menggunakannya untuk memperoleh cara untuk mengatasi sesebuah malware.

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi dari FBI atau Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung kes ini.

Sumber berita diperoleh dari Wired

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge