Home / Mobile / Android / Vivo V5 Plus terima potongan harga RM300

Vivo V5 Plus terima potongan harga RM300

Buat masa ini terdapat banyak telefon pintar yang menerima potongan harga dan di antara sebahagian telefon pintar yang menerima potongan harga adalah Vivo V5 Plus. Pada asalnya telefon pintar ini dijual pada harga RM1,799 dan melalui potongan harga sebanyak RM300, ia kini boleh didapati pada harga RM1,499.

Sungguhpun telefon pintar ini menerima potongan harga, ia masih lagi boleh dianggap agak tinggi bagi telefon pintar berspesifikasi pertengahan seumpamanya. Pun begitu, sebarang potongan harga terhadap mana-mana produk tentunya disambut baik oleh kebanyakan pengguna.

Tidak seperti kebanyakan telefon pintar Vivo yang menggunakan chipset MediaTek, V5 Plus menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 625. Telefon pintar ini hadir dengan RAM 4GB, paparan HD Penuh 5.5-inci 1080p, storan dalaman 64GB yang boleh dikembangkan dengan kad memori mikroSD, sebuah kamera belakang 16MP dengan autofokus pengesan fasa, dan sebuah bateri 3,160mAh.

Sebagaimana ciri unik yang ditampilkan pada V5 dan V5s, keupayaan swafoto V5 Plus merupakan daya tarikan utamanya. Kamera utama pada bahagian hadapannya menawarkan 20MP dengan kamera sekunder menawarkan 8MP. Selain itu, ia turut disediakan flash sebagai sokongan tambahan.

Vivo V5 Plus kini boleh didapati pada harga RM1,499 melalui kedai atas talian DirectD. Info lanjut boleh didapati melalui laman Facebook DirectD.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge