Home / Komputer / Ulasan Perisian: EaseUS Partition Master Profesional – Perisian Pemetakan Cakera Keras bagi Pengguna Peringkat Pemula dan Lanjutan

Ulasan Perisian: EaseUS Partition Master Profesional – Perisian Pemetakan Cakera Keras bagi Pengguna Peringkat Pemula dan Lanjutan

Pemetakan (partition) cakera keras merupakan salah satu perkara utama yang perlu diambil tahu dalam pengurusan data bagi sesebuah komputer. Mewujudkan pemetakan mampu membantu dalam mengkategorikan data pada PC anda mengikut kesesuaian disamping untuk membezakan di antara fail sistem dengan fail-fail milik pengguna.

Banyak perisian yang terdapat di pasaran yang boleh digunakan untuk menguruskan pemetakan ini termasuklah fungsi “Disk Management” sememangnya sudah disediakan di dalam sistem operasi Microsoft Windows itu sendiri.

Pada kebiasaannya, kebanyakan fungsi dan perisian pemetakan di pasaran menawarkan keupayaan asas seperti melakukan pemetakan (partition), pensaizan semula (resizing), memadam (deleting), memformat (formatting) dan sebagainya. Lagi pun, itu adalah diantara tugasan-tugasan yang selalu dilakukan oleh pengguna pada cakera keras. Jarang bagi pengguna melakukan lebih dari itu.

Pun begitu, terdapat perisian yang menawarkan fungsi yang lebih dari sekadar melakukan tugasan-tugasan asas pemetakan. Antara perisian yang mampu melakukannya dengan baik adalah Easeus Partition Master Professional Edition.

Buat masa ini versi yang ditawarkan untuk dimuat turun adalah 12.5. Boleh dikatakan fungsi yang ditawarkannya adalah agak baik dari segenap sudut. Antara fungsi yang diperkenalkan pada versi 12.5 ini adalah Raid-5 Recovery.

Perisian-perisian pemetakan hari ini sudah mengalami perubahan yang ketara dan tidak lagi seperti dulu yang memerlukan pengguna memformat cakera keras terlebih dahulu sebelum membuat pemetakan. Perisian Easeus Partition Master Professional Edition ini mampu melakukan pensaizan semula, menggabungkan, mengalihkan atau membahagikan pemetakan tanpa risiko kehilangan data. Sebuah wizard menyalin data turut disediakan bagi memudahkan pengguna menyalin data dari satu pemetakan ke pemetakan yang lain atau dari satu pemacu ke pemacu yang lain atau membuat salinan sandaran untuk sesebuah pemacu.

Jika pengguna mengalami masalah cakera keras yang serius, perisian ini juga boleh digunakan untuk memulihkan kembali data. Walaupun pemacu anda sudah diformat atau diserang virus wizard pemulihan boleh digunakan untuk mendapatkan semula data-data anda dari cakera keras.

Partition Master Profesional Edition ini boleh dijalankan (run) dari CD/DVD, menyediakan akses ke fungsi pemetakan dan pemulihan walaupun Windows tidak boleh dihidupkan. Ia juga boleh menyokong penggunaan ‘dynamic disks’ disamping menyokong Windows 64-bit menjadikannya perisian yang ideal bagi kegunaan perniagaan dan perusahaan.

Apa yang terbaru pada versi 12.5 ini?

  • Menguruskan ‘dynamic disks’ lebih baik– pensaizan semula, format, mengalihkan ‘dynamic volumes’ dan mengubah ‘basic disk’ kepada ‘dynamic’.
  • Pemetakan cakera (disk) untuk kesemua jenis kapasiti cakera keras .
  • Mempermudahkan proses pengklonan cakera
  • Membuatkan cakera sasaran sama seperti yang asal setelah diklon dan menyelesaikan isu ‘bootable’.
  • Dipertingkatkan: Pengurangan pada saiz pakej pemasangan
  • Dipertingkatkan :Mengoptimumkan proses pensaizan semula dan lain-lain fungsi bagi mengelakkan sesetengah operasi perlu diboot semula untuk menjalankannya
  • Pemulihan pepijat: ‘Dynamic volume’ yang telah dipadamkan akan dimunculkan semula selepas segar semula (refresh) di dalam ‘WinPE bootable disk environment’.

Secara keseluruhannya, pada pendapat saya perisian Partition Master Profesional Edition ini lancar untuk digunakan serta ianya mesra pengguna memudahkan pengguna-pengguna yang tidak begitu mahir secara teknikal membuat pemetakan.

Cuma, apa yang kurangnya adalah kehadiran tetingkap-tetingkap yang mengiklankan produk-produk lain dari syarikat perisian ini mungkin membuatkan sesetengah pengguna merasa kurang selesa.

Apapun, lain-lain ciri dan fungsi pada perisian ini disediakan dengan cukup baik dan boleh menyelesaikan tugasan yang diberikan tanpa sebarang masalah.

Spesifikasi:

  • Platform: Windows XP,Windows Vista (32 bit),Windows 7 (32 bit),Windows Vista (64 bit),Windows 7 (64 bit),Windows 8, Windows 10
  • Versi: 12.5
  • Lesen: Berbayar
  • Pembangun: EASEUS

Muat turun perisian Easeus Partition Master Profesional Edition di sini

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge