Home / Komputer / Intel / Pemprosesan Intel Kaby Lake tidak serasi dengan papan induk Z370

Pemprosesan Intel Kaby Lake tidak serasi dengan papan induk Z370

Kebanyakan pengguna mungkin sudah tahu bahawa pemprosesan desktop Coffee Lake tidak akan serasi dengan papan induk lama dari jenis Siri 200. Maklumat terbaru yang hadir melalui Hardware.info telah mengenal pasti sama ada motherboard Z370 serasi dengan pemprosesan Kaby Lake yang sedia ada. Perlu diambil perhatian bahawa kedua-dua pemprosesan Coffee Lake dan Kaby Lake menampilkan soket yang sama, LGA 1151.

Disebabkan oleh kerana Hardware.info telah berjaya mendapatkan sampel awal Coffee Lake, pengujian untuk membuktikan sama ada pemprosesan terbaru dari Intel ini serasi dengan papan induk Z370 boleh dilakukan. Berdasarkan pengujian yang telah dilakukan, Kaby Lake tidak serasi dengan Z370. Bagaimanapun, apa yang anehnya untuk Coffee Lake pula, ia boleh serasi dengan papan induk Z270 dan juga Z370.

Pun begitu, pengguna perlu diingatkan supaya tidak lekas melatah hasil dari penemuan ini. Mungkin juga pada masa akan pemprosesan Kaby Lake akan serasi dengan papan induk Z370 – melalui kemaskini BIOS misalnya.

Imej dari Hardware.info

Apa pun, berdasarkan perkembangan ini mungkin terdapat sesetengah pengguna yang akan mendapatkan papan induk Z370 dengan harapan supaya boleh “menaik taraf” ke Coffee Lake pada masa akan datang. Bagi pengguna Skylake dan Kaby Lake, anda mungkin perlu kekal dengan papan induk Siri-100 dan Siri-200 anda buat masa ini. Harap-harap, Intel akan menerbitkan kemaskini BIOS untuk papan induk Z370 agar dapat menyokong penggunaan pemprosesan lama bersoket LGA 1151 berkenaan.

Sumber berita diperoleh dari Hardware.info

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge