Home / Mobile / Android / Moto Z kini dijual pada harga RM1,699 di Malaysia

Moto Z kini dijual pada harga RM1,699 di Malaysia

Moto Z, salah sebuah telefon pintar flagship Motorola yang unik dilancarkan pada tahun lepas kini boleh didapati dengan harga RM1,699. Pengurangan sebanyak RM1,000 jika dibandingkan dengan harga asalnya sewaktu ia dilancarkan pada tahun 2016.

Tawaran ini boleh didapati di semua rangkaian jualan DirectD dan bagi melayakkan syarat pembelian dengan harga diskaun ini, pembeli perlu membuat penukaran telefon pintar. Menurut DirectD, pihaknya sedia menerima sebarang keadaan telefon pintar yang ingin ditukar ganti sama ada ianya masih elok ataupun sudah rosak. Pun begitu, mungkin masih ada lagi syarat-syarat tertentu yang perlu dipertimbangkan oleh pihak DirectD.

Selain penawaran potongan harga berkenaan, DirectD turut menawarkan Perlindungan Kerosakan Kemalangan (Accidental Damage Protection, ADP) berserta tambahan satu tahun waranti bagi Moto Z yang bernilai RM448. Juga, pembeli turut ditawarkan pembelian Incipio Power Pack Moto Mod pada harga RM99 sahaja, berbanding harga asalnya RM399.

Bukan Moto Z sahaja yang ditawarkan promosi, Moto G5 Plus turut dipromosikan dengan pembelian kedua unit telefon pintar ini akan menerima potongan separuh harga. Harga asal bagi Moto G5 Plus adalah RM1,299 dan untuk pembelian unit kedua, pembeli boleh mendapatkannya pada harga RM649.50. Sama juga seperti promosi Moto Z, Moto G5 Plus turut mendapat ADP dan juga tambahan waranti satu tahun.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Moto Z, boleh melayari pautan ini. Manakala bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan Moto G5 Plus pula, boleh melayari pada pautan ini.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge