Home / Komputer / AMD / AMD umum Ryzen dan Vega Generasi Kedua guna teknologi 12nm hadir tahun depan

AMD umum Ryzen dan Vega Generasi Kedua guna teknologi 12nm hadir tahun depan

AMD hari ini telah mengumumkan di Persidangan Teknologi GlobalFoundries akan menjalan peralihan teknologi bagi CPU Ryzen dan GPU Vega ke teknologi LP 12nm bermula tahun hadapan. Pengumuman ini hadir menerusi Ketua Pegawai Teknologi, Mark Papermaster.

Beliau turut mengesahkan ‘volume production‘ GlobalFoundries bagi LP12 akan dimulakan sekitar suku tahun pertama 2018. Ryzen dan Vega generasi kedua dijangka bakal menemui pengguna tidak lama selepas proses pengeluarannya bermula.

AMD telah mendedahkan bakal melancarkan dua senibina generasi baru sepanjang tempoh tiga tahun ini bagi meneruskan kesinambungan senibina CPU Zen dan GPU Vega. Perkara ini diumumkan sewaktu acara FAD awal tahun ini.

Senibina-mikro CPU Zen x86 14nm akan dimajukan melalui senibina 7nm untuk Zen 2 dan senibina 7nm+ untuk Zen 3. Untuk senibina grafik Vega pula, ia bakal diteruskan oleh Navi yang menggunakan teknologi 7nm dan sebuah lagi senibina yang menggunakan teknologi 7nm+ masih lagi belum dinamakan.

Sebelum mula menghasilkan Zen 2 dan Navi, AMD turut memperkenalkan rekaan Ryzen dan Vega yang diperbaharui yang dihasilkan di GlobalFoundries dengan teknologi LP 12nm. Tidak dapat dipastikan GPU Vega 11 bakal menggunakan teknologi 14nm atau dengan 12LP.

Selain AMD, Nvidia juga sedang menjalankan peralihan teknologi kearah penghasilan dengan proses 12LP. Para peminat permainan komputer perlu menunggu tahun depan untuk melihat sejauh mana perubahan teknologi yang bakal dibawakan oleh kedua-dua pengeluar chip grafik tersohor ini.

Jenis Kad GrafikAMD 400 SeriesAMD 500 SeriesAMD 600 SeriesAMD 700 SeriesGeForce 10 SeriesGeForce 20 Series
SenibinaPolarisPolaris / VegaVega 2NaviPascalVolta
Nod ProsesGF 14nm LPPGF 14nm LPPGF 12nm LPGF 7nm FinFETTSMC 16nm FFTSMC 12nm FF
MemoriGDDR5GDDR5 / HBM2HBM2HBM3GDDR5/XGDDR6
GPUPolaris 10, Polaris 11Polaris 20, Polaris 21, Vega 10, Vega 11TBANavi 10, Navi 11GP102, GP104, GP106, GP107GV102, GV104, GV106, GV107
Tahun20162017201820192016-20172018

Hala tuju CPU AMD

AMD Summit RidgeAMD Pinnacle Ridge
Famili ProdukRyzen 2000 SeriesRyzen 3000 Series
Nod proses14nm12nm
Teras CPUSehingga 8Sehingga 8
Senibina GPUN/AN/A
TDP65W-95W65W-95W
SoketAM4AM4
Sokongan memoriDDR4DDR4
Tahun dilancarkan20172018

Sumber berita diperoleh dari Tomshardware

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge