Home / Mobile / Android / Asus ZenFone 4 kini di Malaysia – Harga saranan, RM2,099

Asus ZenFone 4 kini di Malaysia – Harga saranan, RM2,099

Dilancarkan pada Ogos baru-baru ini, Asus ZenFone 4 (ZE554KL) kini secara rasminya boleh didapati di Malaysia. Harga jualan yang disarankan adalah RM2,099. Namun, dengan harga sedemikian rupa, telefon pintar bertaraf pertengahan ini bukanlah jenis mampu milik yang sepadan dengan harganya.

Sama seperti telefon-telefon pintar di dalam sirinya, ZenFone 4 hadir dengan sistem dwi-kamera. Ia merangkumi sebuah kamera 12MP f/1.8 yang dilengkapi dengan ciri penstabil imejan optikal dan fokus auto pengesan fasa dan sebuah lagi kamera 8MP bersudut luas. Untuk kamera hadapannya, ia dilengkapi dengan sebuah kamera 8MP.

Bagi spesifikasinya, ZenFone 4 menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 630. Sebuah chipset yang biasanya digunakan pada telefon-telefon pintar bertaraf pertengahan. Macam yang dah dikatakan pada awal perenggan tadi, harganya tak padan dengan spesifikasinya.

Lain-lain, telefon pintar terbaru Asus menampilkan paparan IPS 5.5 inci 1920 x 1080, RAM LPDDR4 4GB, storan dalaman 64GB yang turut disokong oleh penggunaan storan tambahan melalui slot pengembangan kad mikroSD. ZenFone 4 menggunakan antaramuka ZenUI 4.0 yang berasaskan Android Nougat. Selain itu, ZenFone 4 hadir dengan penderia cap jari pada muka hadapannya dan tidak ketinggalan, ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,300mAh.

Asus ZenFone 4 kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM2,099. Setakat ini ia masih lagi belum muncul di halaman khas Asus di portal membeli-belah Lazada dan ianya dijangka akan dipaparkan dalam masa yang terdekat ini.

Maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi Asus di asus.com/my/Phone/ZenFone-4-ZE554KL/

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge