Home / Komputer / Intel / CPU Desktop Intel Coffee Lake kini di Malaysia – Harga bermula dari RM509

CPU Desktop Intel Coffee Lake kini di Malaysia – Harga bermula dari RM509

Intel tidak berapa lama sebelum ini telah memperkenalkan pemprosesan desktopnya yang baru, Intel Coffee Lake – dan pemprosesan desktop berkenaan kini telah pun tiba di Malaysia. Pemprosesan-pemprosesan ini telah pun diiklankan oleh peniaga-peniaga perkakasan komputer seperti di portal Lelong.my melalui peniaga ETECH PC dan juga laman Facebook Compuzone.

Setakat artikel ini ditulis, hanya empat jenis model sahaja yang ditawarkan berbanding keseluruhan enam jenis model yang diperkenalkan oleh Intel untuk Coffee Lake Desktop ini.

Dari segi harga, paling murah diantara keempat-empat model ini adalah Core i3-8100 dengan harga RM509. Seterusnya, Core i3-8350K yang menampilkan ciri unlocked multiplier. CPU ini hadir dengan harga RM765. Sebuah lagi model, Core i5-8400 juga boleh didapati di Malaysia pada harga RM809.

Menariknya, CPU Coffee Lake paling power – Intel Core i7-8700K juga boleh didapati di pasaran tempatan. Pada harga RM1,599, pemprosesan Intel ini mendapat ulasan-ulasan positif di kalangan peminat PC dan juga komuniti gaming.

Cuma, harga-harga yang disebutkan itu tadi adalah harga yang ditawarkan oleh ETECH PC sahaja. Harga dari peniaga-peniaga lain masih lagi belum diketahui dan mungkin sepanjang minggu ini kita akan dapat mengetahui harga dari peniaga lain untuk dibuat perbandingan.

Sumber berita diperoleh dari ETECH PC dan Compuzone

Imej cover dari Compuzone

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge