Home / Mobile / Maxis penyedia rangkaian Internet mudah alih terbaik mengikut laporan OpenSignal

Maxis penyedia rangkaian Internet mudah alih terbaik mengikut laporan OpenSignal

Sebuah laporan bebas telah mendapati Maxis merupakan peneraju utama dalam menyediakan rangkaian internet mudah alih untuk dua tahun berturut-turut. Laporan State of Mobile Networks dari OpenSignal menyatakan Maxis mendahului senarai dengan disusuli oleh Yes 4G, penyedia rangkaian yang agak baru juga di kalangan penyedia-penyedia rangkaian telekomunikasi mudah alih.

Laporan OpenSignal mempertimbangkan prestasi bagi setiap telco berdasarkan kategori ukuran, antaranya termasuklah kelajuan memuat turun 4G dan 3G dan juga keberadaan isyaratnya. Turut diambil kira adalah faktor latensi isyarat rangkaian yang disediakan oleh pihak telco-telco.

Maxis mencatatkan prestasi yang terbaik di dalam hampir keseluruhan kategori kecuali pada dua, iaitu kelajuan memuat turun 4G dan 3G keseluruhan dan keberadaan isyarat 4G. Pun begitu, Maxis masih lagi berada di kedudukan kedua mengikut kedua-dua kategori berkenaan yang didahului oleh Yes 4G.

Laporan untuk tahun ini turut menyenaraikan dua penyedia terbaru – webe dan Yes 4G. Diantara kedua-duanya, didapati Yes 4G lebih baik dari segi ukuran penyediaan perkhidmatannya yang mana kedudukannya hanya nombor dua di belakang Maxis.

Sesuai juga dengan jenamanya itu sendiri, Yes 4G mengungguli kedudukan penyedia perkhidmatan 4G terbaik, sebagaimana menurut laporan dari OpenSignal berkenaan. Hal ini turut disumbangkan oleh pengkhususan Yes 4G terhadap rangkaian 4G, berbeza dengan telco-telco lain yang masih lagi perlu menyedia dan menyelenggara talian 3G.

Atas sebab itu juga, penyedia-penyedia perkhidmatan lain mencatatkan kelajuan memuat turun keseluruhan yang kurang memberangsangkan dek kerana faktor kelajuan memuat turun talian 3G jauh lebih perlahan berbanding 4G.

Penyedia perkhidmatan rangkaian internet mudah alih yang tersenarai – Maxis, Celcom, Digi, Umobile, Webe dan Yes 4G – dan laporan ini adalah berdasarkan sampel yang diperoleh dari 75,000 peranti pengujian oleh pengguna aplikasi OpenSignal dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2017.

Laporan lengkap OpenSignal boleh didapati di sini

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge