Home / Mobile / Maxis perkenal MaxisONE Prime, gabungkan pelan mobile dan Home Fiber dengan data tanpa had

Maxis perkenal MaxisONE Prime, gabungkan pelan mobile dan Home Fiber dengan data tanpa had

Maxis mengumumkan pelan MaxisONE Prime, sebuah pelan baru untuk keluarga yang menawarkan data tanpa had untuk kegunaan mudah alih dan jalur lebar di rumah.

Pelan terbaru yang menawarkan kos langganan bulanan pada RM367 ini hadir dengan satu talian mudah alih dan jalur lebar rumah dengan kelajuan sehingga 30Mbps. Pengguna juga boleh memilih untuk menambah sehingga empat talian mudah alih dengan tambahan RM48 bagi setiap talian. Kelajuan jalur lebar di rumah juga boleh dipertingkatkan kepada 50Mbps pada kos tambahan RM40/bulan atau 100Mbps dengan penambahan kos RM120/bulan.

Maxis juga menjanjikan zero downtime untuk talian baru ini. Misalnya, jika berlaku gangguan pada sambungan jalur lebar di rumah, router pengguna akan mengubah secara automatik ke rangkaian 4G telco. Router berkenaan memiliki kad SIM terbina dalam yang membolehkan pengguna terus melayari internet tanpa sebarang gangguan.

Tidak seperti pelan mudah alih dan home fibre sedia ada, Maxis tidak mengenakan sebarang kuota penggunaan data atau sekatan kelajuan melalui pelan MaxisONE Prime ini. Bagaimanapun, jika pengguna melepasi tahap penggunaan sehingga 300GB, Maxis akan mengehadkan kualiti penstriman video ke tahap standard definition (SD) jika digunakan pada waktu puncak.

Layari MaxisONE Prime untuk maklumat lanjut.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge