Home / Mobile / Android / Moto G5S Plus dijangka bakal dilancarkan di Malaysia 6 November ini

Moto G5S Plus dijangka bakal dilancarkan di Malaysia 6 November ini

Telefon pintar peringkat pertengahan yang solid, Moto G5S Plus dijangka akan tiba di Malaysia tidak berapa lama lagi. Melalui halaman rasmi Facebook Motorola Malaysia, beberapa pos ‘ejek’ (teaser) berkenaan pelancaran telefon pintar terbaru di bawah jenama Moto ini yang dijangkakan berlangsung pada 6 November ini.

Untuk spesifikasinya, Moto G5S Plus menawarkan beberapa penambahbaikan yang lebih sedikit berbanding G5 Plus. Antaranya, penambahan dari segi saiz paparan kepada 5.5 inci 1080p berbanding G5 Plus yang sebelum ini menawarkan paparan pada 5.2 inci.

Telefon pintar model terbaru ini juga menampilkan rekaan logam unibody bagi memberikan lebih rasa premium, kamera hadapan 8MP dan juga sistem dwi-kamera pada kamera 13MP di belakangnya.

Itu dari segi luaran. Bagi dalamannya pula, telefon pintar Moto terbaru ini tidak jauh bezanya dengan modelnya yang terdahulu. Chipset Qualcomm Snapdragon 625, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, bateri 3,000mAh, penderia cap jari di bahagian hadapan. G5S Plus menggunakan sistem operasi Android 7.1 Nougat.

Harga bagi telefon pintar ini masih lagi tidak diketahui dan mungkin juga harganya pun tidak jauh bezanya dengan harga pasaran bagi Moto G5 Plus sebelum ini.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Motorola Malaysia

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge