Home / Mobile / Android / Oppo F5 hadir ke Malaysia 2 November ini

Oppo F5 hadir ke Malaysia 2 November ini

Oppo baru-baru ini secara rasminya umumkan kehadiran telefon pintar terbarunya – Oppo F5 – ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sebagaimana dijangkakan, syarikat pengeluar telefon pintar ini turut mendedahkan sedikit sebanyak info berkenaan Oppo F5.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, Oppo F5 ini akan dilancarkan di Malaysia pada 2 November ini. Lain-lain maklumat masih lagi belum dinyatakan melalui siaran media tersebut.

Berdasarkan maklumat awal dari desas-desus yang tersebar di internet, F5 berkemungkinan besar menjadi telefon pintar pertama Oppo yang menawarkan paparan bernisbah 18:9 yang kian popular di kalangan pengeluar-pengeluar telefon pintar. Oppo F5 turut dijangkan menawarkan spesifikasi chipset Qualcomm Snapdragon 660 RAM 6GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 4000mAh.

Selain itu, kamera telefon pintar ini dilengkapi dengan 20MP pada belakangnya dan 16MP untuk kamera hadapannya, sesuai dengan tagline – “Selfie Expert” atau “Pakar Swafoto”yang digunapakai oleh Oppo. Info lanjut berkenaan telefon pintar terbaru Oppo ini akan menyusul kemudian.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. Jamgan la harganya mengila tinggi..

    Tak termampu nak beli

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge