Home / Teknologi / Keselamatan / Media AS laporkan Perisik Israel dakwa Russia guna Kaspersky untuk menggodam

Media AS laporkan Perisik Israel dakwa Russia guna Kaspersky untuk menggodam

Pegawai perisikan Israel yang menjalankan risikan terhadap penggodam-penggodam dari Russia mendapati mereka mengeksploitasi perisian antivirus Kaspersky Lab yang digunakan oleh 400 juta pengguna di seluruh dunia termasuk agensi kerajaan Amerika Syarikat. Lapor akhbar The New York Times.

Aktiviti risikan yang dijalankan sepanjang dua tahun lepas dengan menggodam rangkaian Karspersky Lab oleh pegawai berkenaan turut melaporkan kepada rakan-rakan sejawatnya di Amerika Syarikat mengenai aktiviti pencerobohan siber yang dilakukan oleh Rusia.

Hasil penemuan ini telah membawa kepada keputusan Washington untuk mengharamkan penggunaan perisian Karspersky pada mana-mana komputer kegunaan agensi kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar The Washington Post turut melaporkan alatan menggodam rangkaian Kaspersky yang biasanya digunakan oleh agensi seperti Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (National Security Agency, NSA).

Selepas siasatan dilakukan, pihak NSA mendapati alatan menggodam berkenaan adalah hak milik kerajaan Russia.

Pada penghujung bulan lepas, Majlis Perisikan Kebangsaan AS (National Intelligence Council) telah melengkapkan laporan sulit yang dikongsikan bersama negara-negara NATO menyimpulkan bahawa perkhidmatan perisikan Russia, FSB mempunyai “akses mungkin” “(probable access)” ke pangkalan data pengguna Kaspersky dan kod sumbernya.

Akses berkenaan didakwa mampu membenarkan serangan-serangan siber terhadap kawalan rangkaian kerajaan Amerika Syarikat, perniagaan, dan perindustrian. Tambah laporan dari akhbar The Washington Post tersebut.

Akhbar The New York Times setakat ini masih lagi gagal untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari mana-mana pihak. Agensi Keselamatan Kebangsaan AS, White House, Kedutaan Israel di Amerika Syarikat enggan mengulas lebih lanjut. Manakala Kedutaan Russia di Amerika Syarikat pula tidak memberikan sebarang respon.

Kaspersky Lab menafikan laporan dari media-media Amerika Syarikat berkenaan dengan menegaskan pihaknya tidak pernah terlibat dalam memberi kerjasama dengan mana-mana negara atas tujuan perisikan.

Imej cover dari EuroNews

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge