Home / Mobile / Android / Tablet Samsung Galaxy Tab A (2017) kini di Malaysia dengan harga RM1,199

Tablet Samsung Galaxy Tab A (2017) kini di Malaysia dengan harga RM1,199

Populariti tablet pada hari ini tidak begitu menggalakkan seperti mana yang pernah berlaku beberapa tahun sudah. Namun, ia tidak semestinya terus dilupakan memandangkan permintaan untuk peranti jenis ini masih lagi ada. Beberapa pengeluar masih lagi terus menghasilkan tablet-tablet terbaru dan Samsung turut tidak terkecuali dengan melancarkan Samsung Galaxy Tab A (2017) untuk pasaran di Malaysia.

Menyediakan paparan 8-inci, tablet Android menggunakan kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 425 bersama-sama RAM 2GB dan storan dalaman 256GB.

Selain menampilkan kemasan kerangka logam penuh, Galaxy Tab A (2017) yang tersedia sambungan LTE turut menyediakan kamera belakang 8MP f/1.9 dan kamera hadapan 5MP. Tidak dilupakan, bateri yang disediakan untuk tablet Samsung ini berkapasiti 5,000mAh.

Sebagai bonus tambahan, tablet ini turut didatangkan bersama aplikasi berbayar khusus untuk kanak-kanak bernilai USD 33 (lebih kurang RM140). Antaranya termasuklah aplikasi seperti LEGO Jurassic World, LEGO Batman DC Super Heroes, dan LEGO Harry Potter. Boleh didapati di dalam warna Hitam, Perak, dan Emas, Galaxy Tab A (2017) dijual dengan harga RM1,199.

Kunjungi laman sesawang Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge