Home / Komputer / Cara tukar pelayar lalai di dalam Windows 10

Cara tukar pelayar lalai di dalam Windows 10

Bagi anda yang baru sahaja menaik taraf sistem operasi dari Windows 7 atau Windows 8 ke Windows 10, anda tentu perasan Microsoft Edge telah ditetapkan sebagai pelayar lalai (default browser) anda. Walaupun sebelum ini anda menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox sebagai pelayar lalai tetapan anda.

Walaupun Microsoft Edge didakwa lebih pantas sedikit berbanding pesaing-pesaingnya,  ada beberapa sebab tertentu pengguna masih lagi berasa selesa menggunakan pelayar-pelayar lain mengikut kesesuaian masing-masing.

Pun begitu, anda masih lagi boleh menukarkan tetapan pelayar lalai pada komputer anda berdasarkan langkah-langkah seperti berikut;

Pergi ‘Settings’

Klik pada ‘Apps’

Pilih pada “Default apps”

Klik pada ikon Microsoft Edge di bawah tajuk “Web browser”

Pilih pada pelayar yang anda mahukan (contoh: Google Chrome)

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge