Home / Internet / UniFi Lite 10Mbps kini pada RM99 sebulan, tawaran sehingga hujung tahun

UniFi Lite 10Mbps kini pada RM99 sebulan, tawaran sehingga hujung tahun

TM dikatakan menawarkan pakej UniFi Lite pada RM99/bulan. Pada asalnya, pakej yang menyediakan kelajuan memuat turun 10Mbps dan memuat naik 5Mbps ini telah ditawarkan dengan harga RM129 sebulan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berkenaan promosi ini masih lagi tidak didedahkan. Setakat ini, promosi ini masih belum muncul di laman web rasmi UniFi dan apa yang ada hanyalah bunting ini sahaja yang boleh membuktikan kewujudan promosi internet jalur lebar berkelajuan tinggi ini.

Namun, pihak perkhidmatan pelanggan TM telah mengesahkan bunting ini adalah tulen dan promosi yang diberikan boleh didapati sehingga ke penghujung tahun ini. Selain itu, tawaran ini hanya sah bagi pemasangan baharu sahaja.


Maklumat lanjut berkenaan hal ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sumber berita diperoleh dari aniq8676 dan Twitter TM Connects melalui Amanz

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge