Home / Komputer / Microsoft menambah Tab ke dalam Windows Explorer – Menyediakan Fungsi Seakan Pelayar Web

Microsoft menambah Tab ke dalam Windows Explorer – Menyediakan Fungsi Seakan Pelayar Web

Microsoft kini sedang mengusahakan penambahan tab ke dalam Windows Explorer, seterusnya membolehkan pengguna untuk meletakkan kelompok aplikasi yang sama ke dalam satu ruangan. Hasilnya, ia akan kelihatan seakan-akan tab-tab di dalam Microsoft Edge.

Fungsi ini akan dibawa untuk pengujian ke dalam Windows Insider tidak lama lagi. Malah, video berkenaan bagaimana tab ini akan berfungsi turut disediakan oleh pembangun-pembangunnya di Redmond. Berdasarkan video tersebut, penggunaan komputer bakal dipertingkatkan apabila ia disesuaikan dengan kebiasaan pengguna melayari web dengan menggunakan pelayar.

Setakat ini, fungsi berkenaan hanya dikenali sebagai “sets” sahaja. Nama tersebut diambil berdasarkan hasrat untuk menempatkan aplikasi-aplikasi yang hampir sama di dalam satu kelompok. Tab-tab ini juga boleh disimpan dan dibuka semula pada komputer lain – asalkan fail-fail berkenaan disimpan di dalam Microsoft OneDrive.

Tiada sebarang garis masa ditetapkan untuk memperkenalkan fungsi ini dan ianya mungkin akan mengalami pelbagai bentuk perubahan sebelum Microsoft berpuas hati dengan hasil akhirnya. Kemungkinan besar juga fungsi ini akan dibawakan julung kalinya menerusi Microsoft Windows 10 Universal Apps.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge