Home / Internet / Harga Promosi TM Bonanza Campaign didedahkan; Pakej UniFi 30Mbps/RM139, Broadband 1Mbps/RM68

Harga Promosi TM Bonanza Campaign didedahkan; Pakej UniFi 30Mbps/RM139, Broadband 1Mbps/RM68

Pada masa ini terdapat lampiran-lampiran risalah promosi yang menyatakan harga bagi perkhidmatan Streamyx dan Unifi di dalam laman forum Lowyat. Sungguhpun risalah-risalah promosi seperti ini seringkali muncul dan boleh diragui kesahihannya, risalah promosi ini bagaimanapun dikhabarkan datangnya dari TMPoint di Kemaman, Terengganu.

Selain dari pakej UniFi Lite 10Mbps yang masih lagi kekal ditawarkan pada RM129/bulan, pakej-pakej lain menerima pemotongan harga sebagaimana yang disenaraikan di bawah ini;

UniFi Advance 30Mbps: RM 139/bulan (harga asal: RM 199)

UniFi Pro 100Mbps: RM 239/bulan (harga asal: RM 329)

BB 1Mbps: RM 68/bulan (harga asal: RM 110)

BB 2Mbps: RM 83/bulan (harga asal: RM 130)

BB 4Mbps: RM 88/bulan (harga asal: RM 140)

BB 8Mbps: RM 89/bulan (harga asal: RM 160)

Pihak TM masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan promosi yang dinamakan sebagai “Bonanza Campaign” ini melalui portal rasminya dan dijangkakan ianya bakal dihebahkan tidak berapa lama lagi.

Bagaimanapun, harga yang ditawarkan ini cuma untuk dalam tempoh selama 24 bulan sahaja. Selepas tempoh berkenaan tamat, pengguna akan dikenakan dengan kadar biasa iaitu harga sebelum promosi ini.

Sumber maklumat diperoleh dari Lowyat

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge