Home / Mobile / Pelanggan Hotlink Fast & Super Baru nikmati akses percuma Facebook 999GB

Pelanggan Hotlink Fast & Super Baru nikmati akses percuma Facebook 999GB

Bagi anda yang sedang tercari-cari pelan prabayar baharu, mungkin tawaran terbaru dari Hotlink ini mampu menarik perhatian anda. Bermula dari sekarang hingga 31 Disember 2017, pelanggan baru pelan Hotlink Fast atau Hotlink Super berpeluang menikmati akses percuma ke Facebook sebanyak 999GB setiap hari.

Untuk menikmatinya, pengguna terlebih dahulu perlu melanggan pakej internet mudah alih Hotlink terlebih dahulu – harian, mingguan, dan bulanan. Berikut adalah pelan-pelan yang boleh dilanggan untuk melayakkan akses percuma ke Facebook;

BulananMingguanHarian
RM35 untuk 5GBRM10 untuk 1GBRM3 untuk 1GB
RM45 untuk 8GB
RM60 untuk 8GB
RM70 untuk 10GB

Apa lagi yang ditawarkan oleh pelan ini selain dari Facebook? Menurut Hotlink, seluruh data yang melibatkan kandungan yang disediakan oleh Facebook seperti Facebook Messenger dan video dari Facebook sendiri dirangkumkan sebagai data Facebook. Tapi kalau video dari Youtube akan dikira sebagai data berasingan dan akan di tolak dari kuota data sedia ada.

Pek Hotlink Fast, hampir sama dengan pek Hotlink Super, menawarkan internet ekstra 8GB pada setiap hujung minggu selain dari internet asas percuma. Apa yang membezakannya adalah Hotlink Fast turut menawarkan 1000 minit percuma panggilan ke 5 orang Friendz. Untuk pek Super pula, ia menawarkan ekstra 30GB internet berkelajuan tinggi pada setiap bulan melalui pelan Internet Larut Malam.

Promosi ini dibuka bagi mana-mana pelanggan baru pek Hotlink Fast atau Hotlink Super bermula 8 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Manakala untuk akses percuma 999GB Facebook pula akan ditawarkan sehingga 31 Disember 2018.

Maklumat lanjut boleh dilayari di sini

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge