Home / Komputer / HP / HP dilapor menempatkan Spyware secara senyap-senyap pada PC Pengguna

HP dilapor menempatkan Spyware secara senyap-senyap pada PC Pengguna

Sesetengah pengguna sering mengaitkan malware, adware dan spyware pra-pasang pada peranti dengan pengeluar-pengeluar dari China. Namun, sejak kebelakangan ini terdapat laporan-laporan yang mengatakan hampir kesemua syarikat-syarikat teknologi utama dunia turut mengamalkan perbuatan yang sama.

Terkini, pengguna-pengguna HP membuat aduan berkenaan penggunaan klien telemetri pada peranti tanpa pemakluman kepada pengguna.

Mula dikesan sejak 15 November yang lalu, perisian yang dinamakan sebagai HP Touchpoint Analytics Service ini digunakan dengan tujuan “menuai maklumat telemetri yang digunakan oleh perkhidmatan analitikal HP Touchpoint.” Menggantikan perisian urus sendiri HP Touchpoint Manager. Berdasarkan keterangan dari pihak HP berkenaan perisian in turut menyediakan fungsi-fungsi yang diperlukan pengguna untuk mengawal selia keselamatan peranti.

Laporan-laporan yang dikumpul semak oleh Ghacks turut menyatakan sebilangan pengguna mengalami tahap penggunaan CPU yang terlalu tinggi. Di dalam laman sokongan HP sendiri, salah seorang pengguna membuat aduan seperti berikut;

On 11/18/2017 Hp Touchpoint Analytics Client was installed on my computer without my consent. I’m assuming it was installed in the background as an update to Hp support or framework. However it happened I don’t appreciate it’s sneaky take over of my computer’s system resources. From yesterday to today it’s been making my computer work so hard I can hear it like cranking away and the light in the back of my computer is flashing rapidly in-tune with the cranking. In Task Manager I can see it starting and stopping numerous applications, it’s client service and installer, console window host, command prompts, timeout-pause command prompt, it’s causing a lot of up and down use of antimalware service executable and local system.

Untuk ketenangan jiwa pengguna

Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana perisian ini dipasang dan sesetengah pengguna berpendapat ianya berpunca dari kemaskini Windows 10 yang terbaru. Ada juga sebahagian pengguna yang menyatakan ini mungkin sebahagian daripada rutin HP Support Assistant. Namun, agak mustahil bagi pihak HP untuk memberhenti atau mematikan perisian ini memandangkan perisian ini bertujuan memberikan “lebih ketenangan jiwa (greater peace of mind)” kepada pengguna.

Ini adalah berdasarkan keterangan rasmi dari pihak HP, “From helping you enforce a mobile security policy to wiping a device, HP Touchpoint Manager features the tools you need to ensure all your managed devices’ security – and brings you greater peace of mind,”

Tidak pasti ketenangan jiwa apa yang dimaksudkan oleh HP.

Bagi pengguna HP yang merasakan perisian ini mengganggu urusan kerja anda, berikut disediakan panduan oleh Ghacks untuk membuangnya;

HP masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara ini dan kami akan mengemaskini maklumat ini jika terdapat sebarang perkembangan terbaru atau penjelasan rasmi dari pihak HP.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge