Home / Mobile / Android / Xpax buka pra-tempahan Huawei Mate 10 Pro pada RM199 sebulan

Xpax buka pra-tempahan Huawei Mate 10 Pro pada RM199 sebulan

Bagi anda yang ingin mendapatkan telefon pintar terbaru Huawei Mate 10 Pro, anda boleh mendapatkannya secara pra-tempahan melalui Xpax. Pelan prabayar Celcom ini menawarkan kadar RM199 sebulan dengan Xpax EasyPhone.

Seperti mana yang ditawarkan melalui pra-tempahan Huawei, Xpax turut menyediakan cenderahati yang sama bagi anda yang berminat membuat pra-tempahan Huawei Mate 10 Pro bermula dari hari ini hingga 23 November 2017. Melalui Xpax EasyPhone pembelian peranti ini turut didatangkan bersama kontrak selama 24 bulan.

Turut disediakan bersama-sama pakej pelan prabayar ini adalah RM30 kredit prabayar yang akan diberikan kembali kepada pelanggan pada setiap bulan untuk tempoh selama 24 bulan. Juga, pelanggan boleh membuat pilihan untuk menambah pelan perlindungan peranti pada kadar RM23 sebulan.

Pelan Xpax EasyPhone ini merupakan pelan ansuran dari Celcom yang membolehkan pengguna memiliki telefon pintar baru secara berhutang tanpa kad kredit dan sifar bayaran pendahuluan. Layari Xpax untuk maklumat lanjut.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

18 comments

  1. Baiknya Easyphone ni hanya dalam RM199 dpt ambil Mate 10 PRO!
    nasib x ambil bila launched, skrg dah blh beli satu main2… haha

    • Ni plan baru dari celcom, mmg bagus… selain blh buat secara ansuran dia bebas pilih pelan apa yg anda nak… jika biasa Mate 10 Pro kena ambil paling mahal plan baru blh…

  2. RM 199? ambil plan lagi dalam 2 ratus lebih sahaja, rasa murah lah. Dulu ambil plan dengan phone baru pun kena tiga ratus lebih. Baguslah ada package ni.
    khaidi recently posted…HTC U11+ hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,099My Profile

  3. plan dalam easyphone tu bagus tak… nanti service kurang elok pun susah lepas ambil plan tu, nak tukar pun tak boleh sebab kontrak kan?
    mazlan recently posted…HTC U11+ hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,099My Profile

  4. ok… cuma bimbang sahaja, tapi rasa nak tahu apa kebaikan easyphone lagi lah. Nampak macam murah, kalau ada kebaikan lain lagi best lah.
    mazlan recently posted…HTC U11+ hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,099My Profile

  5. Bayaran dalam ansuran ialah satu perkara baik. Tapi dalam masa 1 tahun, agaknya terlalu pendek.

    • Bukan ke di situ cakap 24 bulan? Jadi bayar utk 2 tahun tu dan jumlah yg perlu dibayar setiap bulan juga x begitu byk…

      • Tapi jika x mampu nak bayar down payment ini easyphone mmg bagus…
        x paya sekali gus ambil berapa ribu keluar… selagi jika lain telco tukar ke celcom dpt device protection juga… tapi kena bayar la… haha

  6. Sekarang di mana-mana pun ada promosi baru dan bayaran ansuran. Ini adalah perkara yang baik.

    • itula siapa cepat siapa dapat… ini promosi bukan selalu ada… dulu semua kena bayar down payment…
      jadi aku pun x tahan dah beli satu… sebulan setarus lebih shj…

  7. xpax celcom ni makin x kelentong, baik hari tu aku ambil maxisOne,
    bayar rm1 je siap ambil fon terus. senang register.
    xde macam easyphone susah giler , minta byk documents gaji

    • lain… kalau ambil maxis one kena ambil plan yg paling mahal baru boleh pilih smartphone…
      jika murah plan semua samsung yg x guna… easyphone ni blh bebas pilih salah 21 biji smartphone dan bebas pilih plan mana2 anda suka… ini beza dia…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge