Home / Perkhidmatan / Lazada Malaysia kini didapati ada menjual kereta

Lazada Malaysia kini didapati ada menjual kereta

Sungguhpun portal membeli belah atas talian ini kadangkala mengalami masalah-masalah tertentu, sesuatu yang tidak dinafikan mengenai portal ini adalah tahap popularitinya. Sebut sahaja Lazada, umum pasti mengetahui ianya merupakan sebuah laman membeli belah atas talian.

Kini, portal membeli belah atas talian Lazada Malaysia mengorak langkah dengan menawarkan pembelian kereta secara atas talian.

Bersempena bahagian kedua promosi Online Revolution yang dijadualkan bermula 12 Disember ini, Lazada Malaysia telah menempatkan jualan 12 buah kereta Volkswagen Beetle pada tarikh berkenaan. Kesemua model kereta ini merupakan edisi terhad dengan salah satu model ini menampilkan rekaan Herbie 53 yang berdasarkan filem Disney, The Love Bug (1963).

Mengambil ilham dari tarikh permulaan jualannya, harga yang ditetapkan untuk kereta-kereta Volkswagen Beetle ini adalah pada RM112,112. Kurang 18 peratus berbanding harga pasaran semasa.

Bagaimanapun, jualan kenderaan ini hanya terhad di Semenanjung Malaysia sahaja dengan cara pembeliannya adalah berbeza dengan pembelian barangan-barangan lain di Lazada. Yer la, mana ada orang boleh swipe kad kredit sampai RM100,000.

Kesemua ini merupakan usaha sama pemasaran di antara Lazada dengan Volkswagen Malaysia dan jika promosi ini dapat dijalankan dengan jayanya, ia merupakan peluang bagi Lazada meluaskan kuasa pemasarannya.

Cumanya, korang yakin ke nak beli kereta online ni?

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge