Home / Komputer / Maxis kini menawarkan Home Broadband 10Mbps pada RM119, 30Mbps pada RM139

Maxis kini menawarkan Home Broadband 10Mbps pada RM119, 30Mbps pada RM139

Bermula hari ini, Maxis mula menawarkan pakej pelan Home Broadband 10Mbps untuk RM119 sebulan. Selain dari itu, pengguna juga boleh memilih 30Mbps pada kadar RM139 sebulan.

Sebagai perbandingan, kedua-dua pelan ini ditawarkan masing-masing pada RM139 dan RM179. Bagaimanapun, kadar bagi pakej 50Mbps dan 100Mbps masih lagi kekal sama.

Bagaimanapun, kadar harga yang ditetapkan ini terhad untuk tempoh selama 24 bulan sahaja dan bulan-bulan berikutnya, ia akan kembali kepada kadar asal pakej masing-masing. Tak jauh bezanya dengan pakej Bonanza Campaign dari TM yang tak jadi nak buat baru-baru ini.

Harga promosi pelan 10Mbps ini hanya terhad bagi pelanggan-pelanggan baharu sahaja dan untuk pelan 30Mbps pula ia turut disediakan untuk pelanggan MaxisONE Home Broadband sedia ada yang sudah tamat kontrak. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2017.

Maklumat lanjut, kunjungi Maxis

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge