Home / Mobile / Android / Oppo F5 hadir secara rasmi ke Malaysia, tampilkan kamera swafoto 20MP dengan Pencantikan Wajah AI

Oppo F5 hadir secara rasmi ke Malaysia, tampilkan kamera swafoto 20MP dengan Pencantikan Wajah AI

Sebagaimana yang telah dijanjikan, Oppo hari ini telah melancarkan telefon pintar terbarunya, Oppo F5 ke pasaran Malaysia. Sama seperti peranti-peranti Oppo terdahulu, ia masih lagi mengekalkan motonya, “Selfie Expert”.

Oppo F5 menyediakan penderia 20MP dengan lensa f/2.0 untuk kamera hadapannya yang mana turut diperkasakan dengan sistem pencantikan wajah dengan kecerdasan buatan (A.I) yang dinamakan sebagai A.I Beauty Recognition. Melalui pembangunan selama bertahun-tahun, pihak Oppo mendakwa teknologi ini akan mengimbas lebih dari 200 titik pada wajah pengguna untuk memberikan wajah swafoto yang paling anggun dan asli berdasarkan rupa paras pengguna tanpa kelihatan palsu.

Jadi, lepas ni jangan pelik kalau tengok makin ramai yang muka dalam akaun media sosial dengan yang real punya tak sama.

Algoritma untuk teknologi A.I Beauty Recognition ini adalah berdasarkan pangkalan data dari seluruh dunia yang melibatkan jutaan wajah individu. Data ini turut membantu teknologi A.I. dalam membuat pengecaman tona kulit pengguna, jenis kulit, umur dan jantina.

Teknologi yang sama juga turut digunakan pada fungsi pengecaman wajah Oppo F5 yang boleh digunakan untuk membuka kunci peranti ini bersama-sama penggunaan imbasan cap jari yang ditempatkan di bawah lensa kamera belakangnya. Oh ya, tidak dilupakan kamera belakang Oppo F5 menyediakan 16MP f/1.8.

Lain-lain spesifikasi yang disediakan untuk telefon pintar ini termasuklah paparan 18:9 6-inci FHD+ (2160 x 1080) 18:9, pemprosesan MediaTek Helio P23 MT6763T lapan teras, dan bateri 3200mAh. Tidak ketinggalan 4GB RAM dan storan 32GB. Harga yang ditawarkan RM 1,298 dan pra-tempahan kini dibuka bermula hari ini.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. blog yg bagus!!!tahniah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge