Home / Mobile / Android / Oppo F5 Youth akan dilancarkan di Malaysia 2 Disember ini dengan harga RM1098

Oppo F5 Youth akan dilancarkan di Malaysia 2 Disember ini dengan harga RM1098

Variasi ketiga telefon pintar Oppo F5 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan dikenali sebagai Oppo F5 Youth. Model Oppo F5 yang pertama telah pun dilancarkan pada awal bulan ini.

Oppo F5 Youth ini dijadual akan dilancarkan pada 2 Disember ini dan ianya lebih awal dari Oppo F5 6GB Red Edition yang dijangka akan hadir bermula 12 Disember ini.

Secara amnya, Oppo F5 Youth hampir sama dengan model standard Oppo F5. Ia hanya dibezakan dengan kamera hadapannya yang menampilkan kamera 13MP berbanding 20MP yang disediakan untuk model standard. Pun begitu, teknologi AI Beauty Recognition masih lagi dikekalkan pada telefon pintar model ini.

Juga, spesifikasi RAM telefon pintar Oppo ini juga lebih rendah berbanding model standardnya iaitu 3GB. Lain-lain spesifikasi masih lagi sama, seperti chipset MediaTek Helio P23 MT6763T, paparan FHD+ 6-inci, storan dalaman 32GB, kamera belakang 16MP dan bateri 3200mAh.

Oppo F5 Youth dijual dengan harga bermula dari RM1,098 dan boleh didapati di pasaran Malaysia bermula 2 Disember ini.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge