Home / Mobile / Android / Oppo turut mempatenkan rekaan Telefon Pintar boleh lipat

Oppo turut mempatenkan rekaan Telefon Pintar boleh lipat

Oppo baru-baru ini telah memfailkan paten untuk rekaan telefon pintar boleh lipat, menjadikannya pengeluar yang ketiga selepas ZTE dan Samsung. Usaha ini dilihat bakal menjadikan ianya kelihatan seperti satu perlumbaan di antara para pengeluar dalam menghasilkan rekaan telefon pintar yang lebih inovatif.

Tidak seperti pengeluar-pengeluar telefon pintar yang disebutkan tadi, rekaan telefon pintar boleh lipat Oppo ini menumpukan pada bahagian dua pertiga di sebelah atas telefon. Rekaan sebegini lebih mirip kepada rekaan telefon pintar inovatif Oppo yang terdahulu seperti Oppo N1 dan Oppo N1 Mini, yang membolehkan kameranya diputarkan untuk tujuan fotografi biasa atau untuk berswafoto.

Berdasarkan fail paten berkenaan, bahagian separuh di atas skrin merupakan bahagian fleksibel yang boleh dilipat. Beberapa engsel pada rekaan telefon pintar ini membolehkan mekanisme melipat ini berlaku. Dijangkakan, keseluruhan permukaan skrin ini boleh disentuh, boleh jadi akan terdapat perubahan pada antaramuka apabila ianya dilipatkan.

Tapi, macam biasa – memfailkan paten ini cuma langkah pertama dalam mewujudkan reka bentuk dan tidak semestinya ia mampu direalisasikan pada pengelurannya. Terdapat banyak rekaan paten lain yang dulu-dulu oleh pengeluar lain yang kesudahannya.. krik, krik, krik sahaja.

Sumber berita diperoleh dari Google Patents

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge