Home / Mobile / Aksesori / Samsung berjaya hasilkan bateri mengandungi bebola Grafen – Bateri dicaskan 5 kali lebih pantas

Samsung berjaya hasilkan bateri mengandungi bebola Grafen – Bateri dicaskan 5 kali lebih pantas

Samsung kini telah berjaya menghasilkan teknologi bateri baru yang dapat mempertingkatkan kelajuan tempoh mengecas. Sel berasaskan grafen terbaru ini dikatakan mampu dicas lima kali ganda lebih pantas berbanding bateri konvensional lain, selain dari mampu menawarkan kapasiti yang lebih besar.

Bahagian penyelidikannya, Samsung Advanced Institute of Technology (SAIT) merancang untuk menggunakan bebola graphene dalam meningkatkan kapasiti bateri sehingga 45 peratus dan pada yang sama mengurangkan tempoh masa mengecas.

Salutan bebola grafen ini dihasilkan dengan paduan karbon dan silika, yang mana setiap partikel dibentukkan kepada bentuk heksagon. Ia akan digunakan pada lithium-ion bagi mempertingkatkan prestasinya.

Teknologi bateri terbaru ini turut menjanjikan pengekalan (retention) kuasa bateri yang lebih baik. Ujian telah dilakukan di mana bateri masih lagi mampu mengekalkan tahap pengecasan pada 78 peratus walaupun selepas dicaskan sebanyak 500 kali. Ini bermakna, tempoh luput bateri lebih panjang jika dibandingkan dengan teknologi bateri sedia ada.

Samsung telah pun mempatenkan teknologi ini di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang berita berkaitan usaha untuk mengkomersialkannya. Mungkin teknologi bateri terbaru ini akan hadir ke pasaran dalam tempoh beberapa tahun yang terdekat ini.

Sumber berita diperoleh dari Nature

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge