Home / Mobile / Samsung tawar khidmat baik pulih peranti percuma mangsa banjir di Kedah dan Pulau Pinang

Samsung tawar khidmat baik pulih peranti percuma mangsa banjir di Kedah dan Pulau Pinang

Samsung Malaysia telah menjanjikan perkhidmatan baik pulih percuma untuk kesemua perkakasan dan peranti berjenama Samsung yang telah rosak diakibatkan oleh bencana banjir yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini. Bagi mangsa-mangsa banjir yang terlibat boleh berhubung dengan mana-mana pusat khidmat Samsung yang terdekat untuk info lanjut.

Bagi perkakasan elektrik di rumah yang bersaiz besar dan sukar dialihkan seperti peti sejuk dan mesin basuh, juruteknik Samsung akan memeriksa terlebih dahulu tahap kerosakan di lokasi. Pengguna boleh menetapkan tarikh dengan menghubungi di talian 1800-88-9999. Harus diingat, ini adalah khusus untuk perkakasan-perkakasan elektrik besar yang sukar dialihkan sahaja. Kalau setakat yang kecik-kecik tu, boleh bawa sendiri ke pusat khidmat Samsung.

Bagi pengguna peranti mudah alih, Samsung mengingatkan pengguna agar melakukan backup data terlebih dahulu, jika keadaan mengizinkan. Ini kerana pihak Samsung tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data selepas kerja-kerja baik pulih dan pemuliharaan peranti selesai dilakukan.

Pengguna-pengguna yang terkesan akibat masalah banjir penghujung tahun 2017 di Utara tanah air ini oleh menghubungi Samsung di talian 1800-22-8899 (untuk peranti mudah alih) atau 1800-88-9999 (untuk lain-lain produk).

Berikut adalah kawasan-kawasan yang disediakan perkhidmatan baik pulih kerosakan akibat banjir;

Pulau PinangKedah
Pulau TikusKampung Masjid
Georgetown
Bayan Lepas
Batu Ferringhi
Sungai Puyu
Balik Pulau
Bukit Mertajam
Butterworth
Juru

Imej cover diperoleh dari Google Plus Samsung Express Service Centre

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

2 comments

  1. Wow bagusnya samsung… ini membuatkan aku rasa macam nak beli apa2 produk samsung (tapi bukan smartphone sebab sony tetap di hatiku) :p
    plain83 recently posted…Memeriahkan Kontes PakNgah Komensen 😀My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge