Home / Mobile / Android / Sony Xperia X terima potongan harga sehingga RM1200 di Malaysia

Sony Xperia X terima potongan harga sehingga RM1200 di Malaysia

Sony Xperia X yang dilancarkan tahun lepas pada asalnya dijual dengan harga bermula dari RM2,499. Harga berkenaan kemudiannya turun beberapa bulan kemudian kepada RM2,199. Kini, telefon pintar peringkat menengah ini telah mengalami pengurangan harga sehingga RM1,200.

Bagaimanapun, harga jualan ini bukan ditetapkan secara rasmi oleh Sony Malaysia. Ia merupakan harga promosi yang ditawarkan oleh penjual telefon pintar, DirectD. Sony Xperia X kini boleh didapati pada harga RM999. Sungguhpun telefon pintar ini sudah setahun berada di pasaran, tawaran sebegini dianggap berbaloi dan sesuai dengan harga promosinya.

Selain promosi di kedai jualan, telefon pintar dari Sony ini juga menerima pengurangan harga di portal membeli belah atas talian, Lazada. Sony Xperia X dijual di Lazada pada harga RM1,099.

Apa pun, dengan harga terbaru ini, Sony Xperia X merupakan telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki. Ia menawarkan paparan HD Penuh IPS 5-inci, chipset Qualcomm Snapdragon 650 berserta RAM 3GB, storan dalaman 64GB dengan sokongan slot storan tambahan, kamera belakang 23MP dengan Predictive Hybrid Autofocus, kamera hadapan 13MP dan juga bateri 2,620mAh.

Layari laman Sony Malaysia untuk maklumat lanjut.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge