Home / Komputer / Harga Promosi Streamyx Bonanza Campaign telah dibatalkan

Harga Promosi Streamyx Bonanza Campaign telah dibatalkan

Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disebarkan di ruang maya ini, didapati harga promosi Bonanza Campaign melalui pakej Streamyx yang dikatakan akan dijenamakan semula sebagai Broadband telah pun dibatalkan.

Justeru, meruntuhkan segala harapan rakyat Malaysia yang dambakan pakej internet tanpa had pada harga yang munasabah. Macam mana perniagaan online kecil-kecilan di Malaysia ni nak maju kalau harga pakej internet jalur lebarnya mahal cegampang, lajunya macam siput.

Segala maklumat-maklumat ini didedahkan oleh wakil-wakil penjual perkhidmatan jalur lebar TM di dalam Facebook dan juga turut ditanyakan oleh oleh brader Amanz di Twitter.

Walau apa pun juga perkembangan yang sedang berlaku, masih lagi tiada sebarang kenyataan rasmi dari TM berkenaan Bonanza Campaign setakat ini. Jadi, tidak mengejutkan apabila segala apa yang digembar-gemburkan ini tidak berlaku.

Lagipun, macam biasalah TM ni. Macamlah kita tak tau perangainya macam mana.

Untuk menghindarkan caci maki nista kita terhadap tahap kualiti dan harga internet di Malaysia ini, marilah kita  berdoa agar terbuka pintu hati TM untuk memberikan harga pakej internet yang munasabah untuk rakyat Malaysia dan dijauhkan dari sikap tamak haloba akibat bisikan syaitan.

Sumber maklumat diperoleh dari Page Facebook TM UniFi Streamyx Promotion, Register & Get Rebate dan Twitter Aman Firdaus

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge