Home / Mobile / Android / Tesco tawar harga terendah Samsung Galaxy S8 dan Note 8 melalui Lazada

Tesco tawar harga terendah Samsung Galaxy S8 dan Note 8 melalui Lazada

Jarang-jarang untuk kita di kalangan kenalan kita yang akan ke Tesco semata-mata untuk mencari telefon pintar. Selalunya, orang ramai ke Tesco tujuannya adalah untuk mencari barangan keperluan harian yang ada masanya lebih murah berbanding pasaraya-pasaraya hiper lain.

Namun, untuk kali ini amat janggal saya rasakan apabila pihak Tesco menawarkan harga yang paling rendah untuk Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy Note 8 melalui portal membeli belah, Lazada. Dalam banyak-banyak penjual telefon pintar flagship Samsung ini di Lazada, tawaran harga dari Tesco adalah paling rendah setakat ini.

Jadi, bagi anda yang tercari-cari Samsung Galaxy S8, harga terendah yang ditawarkan kini adalah RM2,379 yang diberikan dua pilihan warna iaitu Hitam Larut Malam (Midnight Black) dan Kelabu Anggerik (Orchid Grey).

Manakala untuk Samsung Galaxy Note 8 pula, Tesco menawarkan harga telefon pintar Samsung terbaru ini pada RM3,349. Pilihan warna yang ditawarkan adalah Hitam, Kelabu dan Emas.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge