Home / Mobile / U Mobile perkenal pelan P99 baharu – Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Had Kuota, Tiada Sekatan Kelajuan

U Mobile perkenal pelan P99 baharu – Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Had Kuota, Tiada Sekatan Kelajuan

U Mobile memperkenalkan pelan pascabayar baharu yang menawarkan data berkelajuan tinggi tanpa had dan panggilan ke semua rangkaian tanpa had. Pelan terbaru ini, Unlimited Hero P99 hampir sama dengan pelan sedia ada U Mobile P78, cuma bezanya ia tidak mengenakan sebarang sekatan kelajuan pada tempoh-tempoh tertentu.

Sepadan dengan namanya, pelan Unlimited Hero P99 boleh dilanggan pada kadar RM99 sebulan. Bersama-sama pelan ini, pengguna ditawarkan dengan data mudah alih tanpa had kuota dan tanpa sekatan had laju, panggilan percuma ke semua rangkaian, 30GB penggunaan mobile hotspot dengan tiada sekatan had laju. Selain itu, pelan ini juga boleh digunakan bersama-sama Roam-Onz yang menawarkan data perayauan percuma di 12 buah negara.

Pelanggan juga boleh mendaftarkan sehingga 3 nombor kenalan melalui Share 20. Kesemua nombor-nombor kenalan ini turut berkongsi kuota 30GB mobile hotspot pada setiap bulan. Kelajuan mobile hotspot akan merosot ke 64kbps apabila kuota 30GB berkenaan habis digunakan.

Pelan U Mobile Unlimited Hero P99 ini memang betul-betul punya data internet mudah alih tanpa had. Tak macam sesetengah telco lain yang ada syarat-syarat lain untuk dapatkan data tanpa hadnya. Senang cerita, sembang je lebih.

Layari laman web rasmi U Mobile untuk maklumat lanjut.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge